[ jantan ]

Assalamualaikum pembuka bicara...sambutlah bagi yang berhak dan mampu..tidak lupe juga, Salam 1Malaysia untuk semua...


Sengaja untuk lari dari yang kebiasaan...jantan juga bermaksud lelaki..cume jantan itu lebih merujuk kepada jantina haiwan..lagi pun lelaki lebih feminin bunyinya..


Jalan Tun Razak, jam di dashboard kereta, 8.30 a.m dan radio mode, HOT.fm slot Fara Fauzana dan Faizal Ismail.....baru lepas hantar kakak pergi keje...maklum la..adik nya ini sedang menganggur, itulah tugas rutin sebagai adik yang belum kerja...Topik yang di bincangkan tdi adalah "Lelaki Menangis"....wahh!..macam menarik...mcm-mcm respon dari pendengar radio, ade yang positif, ade yang negatif dan ade jugak yang memberi pendapat yang bg aku agak sampah, wat rugi kredit je tepon hot.fm...sampah di sini bermakna pendapat yang di berikan mmg dah di ketahui umum kebodohan nya...Fara dan Faizal pun mengiyakan je la..layannn..kang cakap ape lak...


Bagi aku..Menangis sinonim dengan golongan wanita..tetapi lelaki juga mempunyai hak untuk berlaku sedemikian..kerana ape?..masing2 ade sepasang mata maaa...slain skodeng, boleh juga di gunakan untuk menangis kadang2...Dari pengalaman, ade 2 perkara je yang membuatkan lelaki menangis:-
  • Masalah Besar - Masalah ini bermaksud masalah yang memang besar gedabak abis la. Apatah lagi kalau masalah itu datang bertubi tubi dan cubaan menyelesaikannya menemui jalan buntu. Mmg stress bagai nk gila la kot. Aku xtau, blum lg aku berada dalam keadaan begitu (mintak simpang la).

    • Cinta - Selalunya hubungan sebegini golongan perempuan yang akan menitiskan air mata dahulu tetapi apa kurangnya lelaki, lebih - lebih lagi apabila si lelaki ini di dumb sebegitu sahaja..hahaha..Bg aku tidak salah, cume perlulah di tempat dan waktu yang sesuai, jgn la melalak meraung tempat orang ramai...itu x cool!..ape pun aku tertarik dgn satu perihal ini... 


    "jika lelaki itu menangis di hadapanmu, itulah tandanya benar benar sayang padamu, kerana telah sunnatullah kudrat lelaki adalah pantang untuk menagis, jika ia menangis maka jawapan nya adalah satu, Dia terlalu cinta pada mu"- JajaJeng -



    Benarkah begitu?adakah itu teknik teknik pancingan semata mata?terpulang pada waras masing2...kepada yang membaca kongsilah pengalaman anda,especially lelaki...click here for more interesting info


    p/s : aku juga pernah menangis..selepas bergelar akhil baligh first time aku menangis ketika homesick pada minggu pertama persekolahan kerana berjauhan dgn keluarga..hahha..






    3 Response to "[ jantan ]"

    1. Darth Maul Says:

      helo..kaki bola ? jom join blog bola terbaru ni di http://fantasiabolasepak.blogspot.com

    2. @n9e7o Says:

      kalau lelaki menangis masa tengok penyingkiran AF apa citer???hehe

    3. Jaja Jeng Says:

      apai - itu kes special...ko bleh pg terajang je depan muke...hahaha