[ Untuk Pencuci Mulut ]

*greeting to all....

Just wanna share something from my blog walking session yesterday. Its make me laugh, and i think it will make you to...so enjoy...


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar ?.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, 'Cash On Delivery'?

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti?.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu?

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke?.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan?..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya?.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan?

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau?.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang 'Indah Water'?

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit?

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena?

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap?


p/s :Dah lupe celah mane aku amik mende ni....huhu...
lagu : [Avenged Sevenfold - Nightmare]

anda rasa? 

[ terpaksa update ]

Baru lepas bace blog ERK888...menarik btol cara peng'update'tannya..ERK888, gua nk wat style lu boleh x?lu senyap je, so diam itu tanda setuju lah kan..hehe..



  1. Selamat Hari Raya berpuase kepada semua yang singgah di sini, singgah tu klik2 la pape yang patut ye, nuffnang tu ke, manggads tu ke, same2 kita membuat amal di bulan yang mulia ini..
  2. Sama macam ERK888, puase tahun ni agak mencabar untuk wa yang kne ulang alik dari Sentul ke Shah ALam hari-hari.FYI, wa penggune setia perkhidmatan RapidKL, 6.30 wa dah turun, terpacak kat lrt sentul.Sejam lebih baru sampai kat Shah Alam, selepas 2 kali transit,Star LRt-->Putra LRT -->Bas plak..jauh perjalanan..
  3. Dari post mortem yang wa wat sendiri sebelum tido, untuk hari hari yang bekerja,sbelum pkol 10 pagi wa rase pahala puase wa dah tinggal separuh, ini sume kerana aweks2 yang xprasan wa ada kat ctu yang pakai ketat2 je sume..orang kate sekali tgk itu rezeki..erkk..
  4. Wa igt nk diet, tpi macam xboleh..
  5. Wa baru tau jenama BATA itu bukan Malaysia nye brand...wa rase bersalah kerana wa beli kasut BATA hari itu, kerana kasut buruk Stan Smith wa yang ciplak itu kne curi.Time nk beli tu wa tringat je time2 sekolah rendah dulu nyanyi lagu negaraku (macam dalam iklan), tpi rupenye wa silap.
  6. Lapar la plak.....
  7. nanti wa update lagi ye...

anda rasa?