[ jantan ]

Assalamualaikum pembuka bicara...sambutlah bagi yang berhak dan mampu..tidak lupe juga, Salam 1Malaysia untuk semua...


Sengaja untuk lari dari yang kebiasaan...jantan juga bermaksud lelaki..cume jantan itu lebih merujuk kepada jantina haiwan..lagi pun lelaki lebih feminin bunyinya..


Jalan Tun Razak, jam di dashboard kereta, 8.30 a.m dan radio mode, HOT.fm slot Fara Fauzana dan Faizal Ismail.....baru lepas hantar kakak pergi keje...maklum la..adik nya ini sedang menganggur, itulah tugas rutin sebagai adik yang belum kerja...Topik yang di bincangkan tdi adalah "Lelaki Menangis"....wahh!..macam menarik...mcm-mcm respon dari pendengar radio, ade yang positif, ade yang negatif dan ade jugak yang memberi pendapat yang bg aku agak sampah, wat rugi kredit je tepon hot.fm...sampah di sini bermakna pendapat yang di berikan mmg dah di ketahui umum kebodohan nya...Fara dan Faizal pun mengiyakan je la..layannn..kang cakap ape lak...


Bagi aku..Menangis sinonim dengan golongan wanita..tetapi lelaki juga mempunyai hak untuk berlaku sedemikian..kerana ape?..masing2 ade sepasang mata maaa...slain skodeng, boleh juga di gunakan untuk menangis kadang2...Dari pengalaman, ade 2 perkara je yang membuatkan lelaki menangis:-
  • Masalah Besar - Masalah ini bermaksud masalah yang memang besar gedabak abis la. Apatah lagi kalau masalah itu datang bertubi tubi dan cubaan menyelesaikannya menemui jalan buntu. Mmg stress bagai nk gila la kot. Aku xtau, blum lg aku berada dalam keadaan begitu (mintak simpang la).

    • Cinta - Selalunya hubungan sebegini golongan perempuan yang akan menitiskan air mata dahulu tetapi apa kurangnya lelaki, lebih - lebih lagi apabila si lelaki ini di dumb sebegitu sahaja..hahaha..Bg aku tidak salah, cume perlulah di tempat dan waktu yang sesuai, jgn la melalak meraung tempat orang ramai...itu x cool!..ape pun aku tertarik dgn satu perihal ini... 


    "jika lelaki itu menangis di hadapanmu, itulah tandanya benar benar sayang padamu, kerana telah sunnatullah kudrat lelaki adalah pantang untuk menagis, jika ia menangis maka jawapan nya adalah satu, Dia terlalu cinta pada mu"- JajaJeng -



    Benarkah begitu?adakah itu teknik teknik pancingan semata mata?terpulang pada waras masing2...kepada yang membaca kongsilah pengalaman anda,especially lelaki...click here for more interesting info


    p/s : aku juga pernah menangis..selepas bergelar akhil baligh first time aku menangis ketika homesick pada minggu pertama persekolahan kerana berjauhan dgn keluarga..hahha..




    anda rasa? 

    [ Kene Momok Begitu Sahaja ]

    Sampah!.... Langsung tiada seni... Semata mata menaikkan rating stesen tv tersebut sahaja... Pelakon sms.... Cinta Balqis lg best....haha.. Hassan rock!!!!!.... Ini baru betol... Realiti kehidupan...

    anda rasa? 

    [ borin nk mampos ]

    Xde pape yang nk di tulis... cuma kesimpulan hari ini....
    Red Warrior akan lawan Kedah ujung minggu ni kat Kota Bharu..aduh, kan best kalo aku ade same..bleh join bakar bas kalo Kelantan kalah...aku harap diarong menang.."Gomo kelate gomo".
    Nampaknya kempen 'Tak Nak Merokok' gagal..siapakah dalangnya??saman la...sume perokok naik court nanti.
    Routine yang sama arini bgn pagi, anta kakakku kerja,jalan jamm, balik surf, job street, job Malaysia and etc..konpem terlelap pastu then bgn lg..pkol 5.15 amik kakakku, jalan jamm lg, balik surf, job street lg...satu hari, rutin hidup aku berpusing dua kali!..
    msg-msg jap pada yang sudi... Tetibe aku tringatkan Karam Singh Walia..kan bagus kalau dia ni jadi Wakil Rakyat..hmm.. UMT and KUIS - Aspirasi dah masuk gerombolan, tidak di terima..Pro-Mahasiswa kebayakan yang menang kerusi pilihanraya U masing-masing...Melintang arus!tengok ape jadi nanti... Dulu orang yang tak sekolah fikir UNIMAS adalah Universiti Malaysia Sabah..aku terima tapi aku xbleh blah kalo ade orang xtau UPSI tu ape, kalo bdk kecik xpe..ni yang jadi lecturer pun xtau..click..bangang!.. Hani Tarmidzi?tibe jadi glamer hari ni di kalangan kawan2 ku yang berasal dari Sarawak, femes wei dalam fesbuk....click.. Cinta Balqis dah abis..hassan kawin ngan balqis..Last Man standing+win+get the girl+macho weh...heppy ever after mcm crite cinderella...AKU NAK JADI HASSAN, nk tukar name jadi Jaja San... lastly, aku depressed sedikit, esok nak cari ubat anti-depression,s ebab hari ni baru sebatang je aku isap., depress hari hari..bak kate kawan depressed tu xpe, normal way to see a great thing ahead...aku follow...hopefully....God willing....
    dah pkol 1 pagi..arghhhhhh....(mode mencarut sedikit)...dah abis mode nye...astagfirullahalazim...aku insaf!..

    anda rasa? 

    [ xtau nk letak tajuk ape ]

    Ini juga semasa blogwalking hari tu..entry yang 50% menarik separuh lg kontroversi la kot..Di sini aku tidak cuba memanipulasikan peperangan jantina, cume sekadar renungan bersama2..apa yang salah tu xpayah la amik, ape yang betol tu cuba la praktikkan...haha.. this is the thing i want to share to all of you my dearest readers and friends.... Perbezaan antara isteri dan girlfrend pada pandangan suami (xbleh blah suami mcm ni) Isteri mcm tv, girlfriend mcm handphone,keluar rumah tggl tv bawak hp. Xde duit jual tv, ade duit beli handphone, kadang2 sronok tgk tv tpi lg best main ngan handphone ( gile tipu xde duit jual tv..jual la barang kemas..sot!) Tv sekali bayar abisla, bil handphone kalo xbayar kne potong tertunggak katenye (mcm tu plak, kalo beli tv secara utang, beli kat court mammoth ke?) Tv saiz nye besar, tpi handphone kiut miut je (kalo tv plasma?ramping wehhh..) Sadisnye tv ade remote control, handphone cabut battery mati la dia.. Yang paling best, tv xde virus, hp ade kot...ade ke?ade la kot... So, pilih lah tv anda....... Personally agak berlaku diskriminasi di situ dgn menyamakan isteri dgn tv..gile kejam weh...same la jgk dgn girlfriend yang di samakan dgn handphone..cane la agk nye orang ade byk handphone ek?...hahaha... Of course, isteri itu adalah insan yang paling mulia di sisi suaminya, yang sanggup berkorban ape saje untuk suaminya, alik-alik kne backstab lak kan ngan suami sendiri...panas wehhh..perghh...bunyi nye mcm aku menyokong golongan perempuan walaupun aku lelaki...ini xmenjadi persoalan pun, guna lah akal dan minda yang waras..fikir2 kan lah..kate dah besar panjang kan.. Akhir kate..pesanan sy kepada bakal2 isteri di luar sane cubelah menjadi TV Plasma...kalo boleh yang branded2 la sket...sony ke, panasonic ke, adidas ke..ape2 je la..janji plasma...

    anda rasa? 

    Mitos atau Hakikat dri Adam untuk Hawa

    Semasa blogwalking tdi pagi..aku terjumpa satu artikel yang best untuk dikongsi bersama..terima kasih kepada admin blog ini SeliparJepun... Sedikit sebanyak sy telah edit untuk memudahkan pembacaan..... layannggggg~. 1. Perempuan Tidak Pernah Puas Hati - Hakikatnya: Perempuan sentiasa mahu perbaiki keadaan supaya lebih baik. * Yang sebenar2nya tentang Mitos 1... Wanting to make things better is not the same as never being satisfied with anything. Katakan kau orang menyuruh seorang teman sestudio/sekuliyah kau memperbaiki report or case study, sedikit pembetulan, di sana dan di sini, tetapi ini tidak bermakna yang kau orang tidak berpuas hati dengan kerjanya, bukan begitu? It's the same with the perempuan-Hanya kerana perempuan mahu sesuatu yang lebih baik, diperbaiki, dilebih sempurnakan, it doesn't mean we are impossible to satisfy. Tetapi satu yg harus aku akui dpd beberapa komentar yg dipungut dpd teman2 seperempuan, mereka mengakui, apabila tiba kpd relationship, mereka tdk mudah dipuaskan sebagaimana lelaki. Mengapa? Kerana aku percaya, standard emosi perempuan lebih tinggi dpd lelaki. Kerana itu jugalah dpd sebesar2 perkara sehinggalah kpd sekecil2 perkara, ia sentiasa berada dlm perkiraan perempuan. Pemikiran perempuan lebih kompleks berbanding lelaki.. Lelaki harus ingat, perempuan memang suka melakukan detailings. Bukan detail drawings yang aku hadapkan sepanjang aku kat studio tuh..kalau yg tu,aku pown malas~haha! Bg lelaki detailings menyusahkan. Bg perempuan, detailings itu menunjukkan komitmen, malah memperindah perhubungan. Apa yg harus lelaki ingat, apabila gf kau mencadang atau menyuarakan satu2 perubahan dlm perhubungan, gf kau sebenarnya BUKANNYA merungut, atau mengkritik. She's expressing her commitment to making the relationship the best it can be. Soalnya, kenapa lelaki selalu m'gunakan mitos ini apabila mencari kesalahan perempuan? Jawapannya mudah saja: kerana lelaki m'gunakannya sbg alasan utk tdk m'pedulikan kehendak perempuan, dan mengelak dpd melihat kesalahan sendiri! kah kah kah! am i right?? kalau salah tolong tunjukkan. 2. Women Are High Maintenance - Hakikat : Intimate relationships are high maintenance * Yg sebenar2nya tentang Mitos 2... It's not the women who are high maintenance - It's relationship. Successful relationships aren't easy. Kerananya, kita terpaksa bekerja keras, lebih dpd biasa, kita adakalanya tertekan, kita juga terpaksa berkorban. Okay guys, bayangkan sejenak kau orang memiliki kereta idaman anda(kete idaman aku sebenarnye), yg anda intai selama ini - 4WD CR-V Honda DOHC I-VTEC atau Harrier dgn kuasa selaju kuda di hujung kaki kau. Apakah selepas memilikinya, kau akan merungut2: "Minyaknya kuat sgtlah," atau "Bunyinya tak berapa senyaplah, kena selalu pergi servis." Sudah tentulah kau tdk akan, atau seboleh2nya mengelak, dpd merungut2 tentang perkara ini (sekurang2nya utk 3 bulan yg pertama kerana sdg dan masih syiok memakainya), kerana ya kau mengerti, itulah harga yg kau perlu bayar utk apa yg kau telah pilih. Well, demikianlah juga halnya dgn perhubungan. They need attention n work n maintenance in order to run properly. Kerana secara tabi'inya perempuan lebih sensitif, lebih beremosi, dan lebih suka melakukan kerja2 detailings, maka tdk hairanlah jika perempuan menjadi pihak yg lebih byk mengusahakan kerja2 connection, komunikasi, dan sbgnya. Kerana mengerti perhubungan cinta yg aman dan berjaya memerlukan high maintenance, sebab itulah perempuan bersifat sedikit mendesak, dan menekan. Soalnya, lelaki selalu menjadikan mitos ini sbg alasan utk tdk 'bekerja' demi perhubungannya, dan inilah yg selalu membuat cik kak2 kita sakit dan makan hati! lalala~ correct me if i'm wrong.. 3. Perempuan Suka Control Lelaki - Hakikat: Perempuan sebenarnya mahu menyumbang, memperbaiki, dan dimasukkan dlm perancangan. Perempuan sentiasa mahu masuk campur dlm apa jua masalah yg tercetus antara dia dan pasangan, anda tidak percaya? Lelaki yg tdk pandai mengatur kewangan misalnya, yg selalu pokai pd tengah bulan, apa solusinya? Sudah tentulah si gf mengambil inisiatif utk membantu. Caranya? Terpulang. Ada yg menolong dgn kaedah meminjamkan wang, atau bg yg lebih bermurah hati dgn segala senang hati mengamaljariahkan saja wangnya kpd si lelaki, atau ada juga yg campur tangan menjadi financial planner utk si lelaki. Dan masalah tipikal pasti timbul selepas itu: Ini nampaknya satu percubaan utk jadi queen control. * Yg sebenar2nya tentang Mitos 3... Perempuan dlm mana2 perhubungan sekalipun, pasti meletakkan cinta sbg agenda teratas(takde la sangat..bg aku,family 1st!). If we see you hurting, we want to make it better. If we see you struggling with a problem, we want to help you find a solution. Mengapa kita, perempuan, melakukan semua ini? Because we love u. Sebab itu tdk hairanlah, perempuan, sentiasa mahu masuk campur dlm apa jua masalah yg tercetus antara dia dan pasangan. Perempuan mungkin memang ditakdirkan mempunyai semangat berpasukan setiap kali bercinta dgn seseorang. Sebab itulah apabila perempuan mula sibuk2 dan menyibuk dlm beberapa urusan, lelaki jadi jengkel. Tetapi awas lelaki! Perempuan hanya mampu memberi input, bukan kerana mereka mahu control lelaki, tetapi kerana mereka mahu turut serta, merasai keseronokan 'keterlibatan' dgn pasangan yg dicintainya. Soalnya sekarang, sesetengah lelaki menganggap, mereka tdk sepatutnya tunduk kpd jajahan pasangan. Menerima pertolongan dpd perempuan hanya menunjukkan kelemahan mereka. It makes them less powerful. Mungkin kerana itulah agaknya banyak fasa2 penting dlm perhubungan yg sepatutnya sudah dicapai pd masa2 tertentu, terbengkalai, dan tdk menunjukkan sebarang petanda masa depan yg positif, kerana lelaki, kau memang degil! haha..aku pon degil gak!tp aku perempuan~ 4. Perempuan Lekas Cemburu Dan Suka Mendesak - Hakikat: Perempuan amat menjaga perhubungan cinta Situasinya begini : A couple misalannya, dgn seorg lagi girl (sahabat baik kpd si gf), berkemungkinan utk terjebak dlm krisis hubungan 3 segi. Si gf mendapati sahabat baiknya ada menyimpan perasaan kpd si bf, berdasarkan body languagenya, tutur katanya, perlakuannya, juga gerak matanya. Jadi kerana si gf percaya bahawa dia perlu berbuat sesuatu utk menjaga perhubungan cintanya, maka sahabat baiknya sendiri, perlu dicurigai, dan perlu diawasi. * Yg sebenar2nya tentang Mitos 4... Mana2 perempuan sekalipun yg berada dlm dunia percintaan tdk akan sekali2 mendedahkan perhubungannya kpd bahaya. Mereka tdk akan membiarkan sebarang perkara pun yg boleh mengancam atau membahayakan hubungan. Perempuan selalu menjadi amat sensitif, terutama sekali apabila ia mem*sensored*tkan boundaries perhubungan, juga terhadap apa2 saja unsur yg boleh memisah atau memecahbelahkan. Kerana itulah perempuan secara automatik, menunjukkan sikap cemburu, banyak bertanya, banyak menyoal, dan kemudiannya mendesak, kerana bg mereka itu adalah beberapa langkah paling penting dlm menjaga keharmonian perhubungan. Jadi lelaki, protect yourself n your relationship. Jgn terlalu keras spt batu, dan jgn juga menutup mata seolah2 tiada apa yg berlaku. Berjaga2lah terhadap asap yg baru keluar kecil, supaya ia tdk bertukar menjadi api yg marak! 5. Perempuan Yg Berdikari Tdk Perlukan Perhatian Lelaki - Hakikat : Walaupun wanita kuat dan berdikari, tdk bermakna mereka tdk perlu dan tdk mahu dimanja lelaki.Sape kate ha?? Aku percaya, di dlm dunia ini ada 2 jenis perempuan : Satu, jenis yg vulnerable dan dependent, mahu dilindungi, mahu dijaga, dibelai dan dimanja, manakala perempuan yg jenis satu lagi pula adalah mereka yg perkasa, yg kuat, yg capable, yg tdk perlukan (baca semula: "Yg TIDAK BERAPA memerlukan...") perhatian dan jagaan lelaki. Kau tergolong dlm kategori yg mana? (aku yg ke 2! haha) *Yg sebenar2nya tentang Mitos 5... Inilah sikapnya. Inilah yg selalu berlaku. Apabila seseorang lelaki itu berpasangan dgn perempuan yg berkarier besar, dgn masa depan besar, pendapatan besar, jiwa besar, pendek kata semuanya besarlah - He often mistakes her competence n confidence as an indication that she doesn't need or want to be taken care of. Kebanyakan lelaki menyangka, pasangannya adalah jenis wanita yg tdk perlu dirisaui. Hendak servis kereta? "Oh dia boleh uruskan sendiri..." Hendak betulkan sinki bilik air yg tersumbat? "Dia pandai buat sendiri..." Hendak beli barang hantaran kahwin? "Itu pun dia boleh buat sendiri tuu..." Ketidakhadiran pasangan utk melihat, membantu, atau meringankan beban, sebenarnya, hanya akan menimbulkan implikasi-implikasi yg lebih merumitkan. Ia akan dilihat sbg satu signal si lelaki tdk bertanggungjawab, bersikap lepas tangan, tdk menunjukkan ciri2 sbg bakal suami yg mampu memimpin keluarga. Lelaki, kau silap. Kalau pun gf kau jenis yg strong, capable n independent, ini tdk bermakna mereka mahu terus tdk dipedulikan sepanjang masa. Guys, sometimes women want you to help us do something even if we can do it ourselves.(bukan ngade2 or gedikz2). Ada masanya lelaki, perempuan, mereka sedar mereka mampu melakukan segalanya, tetapi mereka mahu merasai support kau orang, kekuatan kau, perlindungan kau. Kerana itulah perempuan suka mendengar teman lelakinya bertanya, "Apa yg boleh saya buat utk awak?", kerana apa? Kerana ia mencetuskan perasaan selamat, dan dihargai. Soalnya sekarang, kebanyakan lelaki mengambil kesempatan atas kebolehan dan kemampuan pasangannya, sbg alasan utk bersikap acuh tak acuh. Dan yg lebih menjengkelkan hati perempuan, "Ala relaks laa... dia boleh buat sendiri..." (kalau mcm tu..ko berchenta lah sorang2!) p/s: nilai lah sendiri ye!....

    anda rasa? 

    [ Read And Leave! ]

    "i have found something precious that becomes important to me"...thankful... "but recently i realize that its doesn't belong to me"...frustrating.. "i had to let it go before i have become more attached to it"...sad... "now im trying hard to free myself from it but it make me feel lost and empty"...hurt... "this big hole of emptiness eventually makes me miss the thing"...tired.... "why must i hate this?"...
    August 14, 2008....

    anda rasa? 

    [ why women shud go shopping alone ]

    Artikel yang menarik untuk bacaan umum.... enjoy!!!.. click here for enlarge image..... courtesy from Ex-Housemate... p/s : Dah ramai masyarakat malaysia sekarang berminat dengan isu semasa... Cube nyanyi lagu negeri masing-masing, ade x perkataan ALLAH di situ?kebanyakan negeri di semenanjung mempunyai perkataan tersebut di dalam lagu negeri masing-masing??perasan x?Telah lame di guna pakai?Chinese and Indian tempat aku dah sebut perkataan tersebut sejak alam persekolahan,apetah lagi yang Melayu nye berteraskan Islam..So,ape nk kecoh????Stupid people with stupid brain and stupid action... Haha...aku bukan Emo....hati nya ada taman...cHowWWwWwww...

    anda rasa? 

    [ Selipar Dari Kakakku ]

    Amacam kiut x selipar import aku ni?hahah.. *Hijau tetap di hati!!!!... **Terima kasih kak ira ku yang di sayangi kerana chia aku selipar..... ***Rupenye AJL adalah same umur dengan aku secara tidak langsung...

    anda rasa? 

    aku dah kate!

    Masyarakat hadhari 1Malaysia gempar dengan pembalingan bom ke atas gereja yang menyebabkan kerosakan yang major ke atas gereja tersebut. Kejadian ini berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang. Ada saksi yang mengatakan bom itu di baling oleh sekumpulan geng bermotor..... **dah aku kate 2 post aku yang lepas...bertindak membuta tuli..tgk ape jadi.. **dah sah2 orang akan ckp orang Melayu punye keje, ye la..geng bermotor tu bukan mat rempit ke? **buat malu name sendiri daa... **Kenapa ank buah aku dgr lagu Tamil?1 Malaysia ke ni???...

    anda rasa? 

    [ klinik 1 malaysia ]

    Terharu dgn kerajaan malaysia melancarkan 50 buah Klinik di bawah gagasan 1Malaysia, namenye of course lah Klinik 1Malaysia. Bertempat di Kerinchi semalam, perdana menteri kita baru melancarkan secara rasmi Klinik 1Malaysia yang ke-44.Dah byk rupenye, yang ke-44 ni je yang aku baru terdengar, sungguh underground perasmian 43 Klinik yang lain. Samada aku terlepas pandang ataupun buat bodo je tentang 43 klinik yang lain itu. Dengar2 sampai ke Tanah Besar Borneo!Memanglah, kan Sabah dan Sarawak itu adalah termasuk dalam Malaysia jgk. Dengan hanya membayar RM1, anda boleh mendapatkan rawatan di sini, itu untuk kes yang ringan2 je la, kalo sakit orang kaya2, pergi je la pakar. Bg aku, tidak membebankan, kerana bayar singgit je pun. Daripada pembacaan aku, ada jugak yang memandang enteng pelancaran Klinik 1Malaysia ini. Tidak tahu kenapa????Berkemungkinan mereka mereka itu ade agenda nye yang tersendiri ataupun hujah yang tersendiri. Aku harap tiada udang di sebalik batu...Harap2 lah..kalau ada, tidak sabar untuk tunggu "udang tersebut keluar dari batu".... Terkesian untuk mantan perdana mentari, kerana beliau tidak sempat melancarkan Klinik Islam Hadhari!!!!...

    anda rasa? 

    [buka minda]

    Terpulang kepada yang berilmu untuk menentukan nya...secara peribadi nya saya berpendapat tiada masalah untuk itu, tetapi mase nya yang belum sesuai untuk di aplikasikan lg..tau sajalah masyarakat Malaysia yang agak mmbuta tuli dalam hal dan isu2 yang sensitif sebegini.. Tunggulah mase yang sesuai untuk membenarkan penggunaan nya...dan kalau boleh, hakim yang mengendalikan kes ini biarlah yang sewajarnye..bukan yang sebelum ini...(baca berita kalo nk tau)... **apa kes menteri2 kita yang escape parlimen?xbleh blah...bgs wat mcm list kehadiran,xcukup 80% kehadiran, xbleh bertanding next PRU..hahaha...

    anda rasa? 

    [.........]

    sebut pasal LOVE...dia lah yang paling cun..sape lg kalo bukan Jeniffer Love Hewitt..name pun love, mmg dia lah tepaling temantap... Title yang agak xbleh blah sbenarnye..tpi mencube juge untuk write sumtin about this sbb aku da borin dgn sikap cover line sesetengah masyarakat beberapa tempat yang aku pernah bermastautin suatu kartika dahulu..LOVE is CINTA adalah satu tajuk muvi yang penah aku dgr dulu tpi xpenah tgk la (JUJUR)..sebut je cinta sume akan jadi poyo sbb sume akan cover line je,xnk di label jiwang jika berdiskusi pasal ini..xtau kenapa..mungkin sudah di momokkan dlm mayrakat melayu sejak zaman hang tuah lagi..mungkin hang tuah pun same dengan je, cover line semacam..xtau di mana silap nye aku turut terjebak sama..hahahaha..aku same dgn gak ngan hang tuah... Cinta boleh jadi mcm2.....xtertakluk kepda sesama manusia je...tuhan?itu yang utama,sepatutnya..boleh jadi cintakan haiwan,cintakan sesama jenis,cintakan diri sendiri dan macam2 lagi...so,knape nk cover2 line lak kan?...common gila khinzir la bende2 mcm ni...setiap orang akan lalui nye, telah or sedang or berhasrat untuk melaluinye.... penat la aku tgk gelagat manusia2 jenis mcm ni..bajet hero la kalo xjiwang???ek eleh..Marilyn Manson pun bercinta...Ozzy Osbourne pun ade anak..hero tuuuuu beb... cinta itu fitrah..hahaha..terima sajalah ayat aku itu ye...jgn sampai ia menjadi fitnah sudeeee... dah..ngantok dah... renungkanlah ayat di bawah..caya weh ayat ni...selamat malam dunia...
    "Dan sudah menjadi sunnatullah, seseorang tidak akan dapat melihat dengan jelas dan tepat apabila sesuatu objek berada terlalu hampir dengan matanya… perlu dijauhkan sedikit, barulah segalanya dapat dilihat dengan lebih jelas dan nyata"-PAHROL MOHD JUOI

    anda rasa?