[ klinik 1 malaysia ]

Terharu dgn kerajaan malaysia melancarkan 50 buah Klinik di bawah gagasan 1Malaysia, namenye of course lah Klinik 1Malaysia. Bertempat di Kerinchi semalam, perdana menteri kita baru melancarkan secara rasmi Klinik 1Malaysia yang ke-44.Dah byk rupenye, yang ke-44 ni je yang aku baru terdengar, sungguh underground perasmian 43 Klinik yang lain. Samada aku terlepas pandang ataupun buat bodo je tentang 43 klinik yang lain itu. Dengar2 sampai ke Tanah Besar Borneo!Memanglah, kan Sabah dan Sarawak itu adalah termasuk dalam Malaysia jgk. Dengan hanya membayar RM1, anda boleh mendapatkan rawatan di sini, itu untuk kes yang ringan2 je la, kalo sakit orang kaya2, pergi je la pakar. Bg aku, tidak membebankan, kerana bayar singgit je pun. Daripada pembacaan aku, ada jugak yang memandang enteng pelancaran Klinik 1Malaysia ini. Tidak tahu kenapa????Berkemungkinan mereka mereka itu ade agenda nye yang tersendiri ataupun hujah yang tersendiri. Aku harap tiada udang di sebalik batu...Harap2 lah..kalau ada, tidak sabar untuk tunggu "udang tersebut keluar dari batu".... Terkesian untuk mantan perdana mentari, kerana beliau tidak sempat melancarkan Klinik Islam Hadhari!!!!...


anda rasa? 

2 Response to "[ klinik 1 malaysia ]"

  1. jeffry azizi jaafar Says:

    haha..sempat g kutuk paklah.

  2. Jaja Jeng Says:

    xsebgaja dow..hahaha..