[ Quote Bersama Jaja JoaQuin ]

"JIKA kau memancing ikan
dan ikan itu telah tersangkut pada mata kailmu
janganlah engkau terus membuangnya ke dalam laut semula
kerana ia mungkin sakit oleh bisanya mata kailmu
dan mungkin akan menderita sepanjang hidupnya.."


thanks aman

[ Nama Saya Yusrizal Ariffin ]


Hati,
Satu hati untuk semua materi,
Satu hati  untuk semua situasi,
Satu hati nanti kembali pasti,

Jika gembira hati itulah,
Jika beriman hati itulah,
Jika bercinta hati itu jugalah,
Terlalu banyak perkara untuk satu hati,
Barangkali hati itu jugalah yang akan terluka nanti….

Hati,
Hanya Aku Tiada Ia,
Perginya hati kini,
Membawa diri,
Mengadap Illahi.

-          10th June 14, 2010      –

p/s: Also credited to Saudari Hana-Aecha (gua cilok ayat dia sket...hehe...)

[ Perjalanan Menongkah Akhlak Puteri Kabus ]



Wahai si puteri,
Hari ini seorang diri,
Mana perginya engkau punya 'laki',
Mata melihat tanpa berkelip, rezeki,


'Dik, Dunhill sebatang lagi!',puteri bersuara lagi,
Disedut dan dihembus dengan berani,
Lalu Si Puteri berlalu pergi,
Berkasut tumit tinggi 3 inchi,
Aku terkontang kanting disini,

Setiap hari,
Berjumpa lagi,
Besok hari pasti,
Puteri kabus masih di sini.


10 Jun 2010
-Quin-

p/s : Epi besday my dear friend, Mohd Hafizul Izwan...

[ Kahwin ]

June 6, 2010 Sunday, June 06, 2010 karya - karya Jaja Jeng 0 CoMMEnT
Ramai sungguh kawan kawan yang akan berkahwin ataupun bertunang bulan June ni. Di harapkan kamu semua kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke undangan kalian kerana keadaan sekarang yang tidak mengizinkan. Ape pun doa buat kalian sentiasa di iringi.

Selamat melangkah ke alam yang paling akhir dalam fasa kehidupan, iaitu fasa alam rumah tangga. Itu pendapat aku, pendapat korang semua ada yang boleh di ambil kira, ada yang k.i.v je. Andai kalian tersilap langkah, undurkan ke belakang buat seketika.
 
Post yang kedua pasal kahwin. Tiada apa yang menarik. Saya juga belum kahwin. Masih single. Masih menanti. Mungkin belum bersedia. Suatu hari nanti, pasti..


nota kaki : Cane nk kawin, bgn pagi pun terpaksa..ayat abg karim stoner..


 Rajah : Nasib RM, kalau DOLLAR.??







[ GAY = Good As You]

Sunday, June 06, 2010 karya - karya Jaja Jeng 0 CoMMEnT
*JoaQuin like this!!!!!!!!..Click...

Ini adalah entry yang pertama aku pasal gay...haha..
Jangan ragu - ragu tentang status aku...
aku masih straight seperti sedia kala...

 *semoga taktik ini berkesan untuk mendapat hit kat enjin carian google..korang jangan tanya kenapa!Cuba berfikir seperti bdk2 yang kantoi dalam Vista Angkasa, anda akan tau apa yang dorang cari di google..haha..

*Aku mengaku gay atas dasar hiburan semata - mata, aku bukannya Saiful!..Untuk menceriakan hari hari kawan kawan ku yang stress sahaja, jika lepak di kedai kopi topik gay pasti membuatkan orang di sekeliling xkering gusi, macam macam pendapat boleh di dengari..

*Dengan mengaku gay aku terasa menghampiri perasaan yang super hensem, bajet Cool dan boleh mengelak dari perempuan yang cantik..haha..

*Kepada gay yang jatuh cinta dengan aku, maafkan aku kerana kisah cinta kita berkhir di sini sahaja, aku pilih jalan yang mengikut tabii, jalan engkau ada aku kisah..

*Bagi yang annoying dgn perbuatan aku, memang itulah tujuan nya, itu bermakna aku telah berjaya mencapai tujuan..at list aku mencapai..

Rajah : matlamat menghalalkan cara.




p/s : Prince Of Persia stylo abis....



[ F.Y.I ]

aduhhhh...
Ingat nk update..
tpi bahan dalam HP gua la bro...
terpaksa delay sket...
CABEL hp gua yang power tu hilang...
lelah aku cari semalam...
kalo dah jumpe nti gua update...







p/s:terasa nk pakai Iphone 4 generation..stylo...

[ update laju = quick update ]

*Greeting..(depends which one you deserves)..

Di sebabkan faktor tiada mase untuk meng-update, inilah yang terjadi..quick update..faktor yang sebenarnye bak kate Yuna  adalah kemalasan yang sgt amat untuk update..haha..

Ok, quick post akui bukannye ala2 Che Det yang main nombor je...update kali ini adalah mengikut kategori iaitu:-


  1. Keagamaan atau Kerohanian (mggu ini)
  2. Politik (mggu depan)
  3. Kehidupan yang Real punye (mggu mggu depan)
  4. Budaya dan adab sopan (mggu mggu mggu depan)
  5. Suke hati aku la topik ape pun (mggu mggu mggu mggu depan)
*tertakluk kepada perubahan..sekian terima kasih...

1. Keagamaan dan kerohanian.

Mesti ustaz and ustazah sekolah rendah ana bangga dengan post ini kerana akhirnya ana berada di jalan yang agak lurus berbanding sebelum ini, tgk 'gua' di gantikan dgn 'ana', sesungguhnya bukan anamoli..tampak lebih stylo ana rase..=D..Okey,mood mp3 ana di tukar kepada lagu keagamaan juga..sebagai contoh sekarang ini ana tgh dgr lagu Maher Zain - For The Rest Of My Life (klik untuk download lagu tersebut)...ini lagu nasihat..seronok dgr..seronok sampai dalam playlist winamp ana hanya ada lagu ini di ulang2..sampai saat kini dah 4 kali ulang...ok..dah 5 kali...biasanya ana pakai boxer je time2 cenggini, tetapi ana tampil lebih stylo sket dgn memadankan baju melayu warna ungu dgn boxer ana...baju raya tahun lepas...Ok berbalik kepada topik kita...hayatilah bait2 tersebut...

I'm opening up my heart with honesty
Let's avoid the hated and hatred
Let's remain thankful with what we have
Let's avoid all lies and sins   

Ini adalah maksud lagu yang telah di translatekan kepada bahasa orang putih..lagu asal dalam bahasa Al-Quran..lelah ana translate,so mcm di atas dia come out...hehe..Sbenarnya ana pun xtau ape bende yang terselit and tersepit di sebalik lagu itu, tetapi yang ana tahu, keratan lagu ini mengajak kita kearah kebaikan...bak kata ustaz ana, 'amar maaruf nahi mungkar'...sampai skg ana igt hasil kne berdiri atas krusi time 14 thn hidup kat dunia ini..

Setakat itu je la sebab ana ada komitmen pagi besok..awal2 pagi nk kena g shah alam dah..ana kena tidor awal..Selamat malam untuk anta and anti semua..salammm...


p/s: selamat malam Hana_Aecha..........